CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


~KePeRcAyAaN cINtA~



Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Kalau kite baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya korg masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin korg tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau korg meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan korg terhadapnya. Hari ni aku dew terbce satu corner kt majalah tertentula and nk share kt korg sebenarnya ada cara-cara yang boleh menimbulkan kepercayaan korg kt si dia...

Konsisten
Korg mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi korg apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan korg. Tapi berhati-hatilah sebab mungkin dengan cara ini si dia boleh menjerat korg. Siapa tahukan!

Boleh dikawal
Perkara-perkara yang bagi korg adalah konsisten membuatkan korg boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat korg. Maknanya korg boleh mengawal dirinya dari melakukan perkara yang korg x suka. Bukanlah bermakna korg leh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak korg ini bermakna si dia percaya kt korg dan tak ragu-ragu dengan cara korg.

Komitmen
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Kalau korg ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , mestilah perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan korg tue. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran korg terhadapnya. Tak ada alasan la untuk si dia berlaku curang dgn korg.


 
Kejujuran
Kejujuran mestilah adew untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Korg tak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Kalau korg dan si dia jujur , ini membolehkan korg berdua tak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

Terima seada-adanya
Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan korg. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu korg sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya korg dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha korg dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.


Jauh di mata dekat di hati
Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri korg dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan korg tue. Apapun teguhkan hati dan pendirian korg bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.


Hormat-menghormati
Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Korg kene la menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya sampai korg rasa segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang korg pendamkan dan membuatkan hubungan korg sukar untuk berkembang. Sebab tue la korg perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.


Bukan materialistik
Bayangkanlah kalau korg seorang yang materialistik? Mesti couple korg pokai dibuatnya. Mana taknya kalau korg asyik minta yang bukan-bukan je. Dalam perhubungan, jangan sesekali korg menjadikan wang sebagai punca utama kenapa korg memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan korg mungkin susah nk bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap korg.
Tulus dan jujur
Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh menangkap adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya. 


nie je lh aku dpt kongsi cket kt korg...so renung2 kan lh dh selamat beramal...hehehehhe..

0 comments:

Post a Comment